Catatan

Cara buka Instagram Stories di komputer

Imej
Instagram Stories telah diperkenalkan oleh Instagram pada Ogos lepas, Instagram Stories ini bertujuan untuk anda berkongsi gambar ataupun video ke Instagram anda dalam masa yang terhad (selama 24 jam). Selepas 24 jam gambar-gambar anda ataupun following anda akan hilang untuk selama-lamanya.

Kini korang boleh melihat Stories di komputer tanpa menggunakan telefon pintar mahupun perisian Bluestacks yang berat. Dengan adanya Chrome Extension ini korang boleh tengok Insta Stories di Google Chrome

Keperluan:

Google ChromeExtension Chrome IG Story
Pasang extension Chrome IG Story di Google Chrome > buka Instagram.com > login (jika belum)

Enjoy!



Nota:Kekurangan extension ni korang tidak boleh upload ataupun padam Stories sendiri. Mesti melakukannya di peranti mudah alih

Membuat channel kedua untuk YouTube anda

Imej
YouTube adalah sebuah laman web untuk anda berkongsi video untuk tatapan ramai, disamping itu anda juga boleh menjana wang melalui YouTube jika video anda mencapai jumlah penonton banyak. Sesetengah YouTuber membuat channel kedua untuk YouTube mereka kerana ingin mengasingkan mengikut niche channel tersebut.

Sebagai contoh channel pertama mengisahkan tentang review gadget dan channel kedua pula lebih kepada channel vlogging.

Mengasingkan channel ini amat penting bagi channel supaya anda boleh memfokuskan niche dan SEO anda.

Buka Youtube.com > klik gambar profil anda di atas-kanan > klik YouTube settings









Klik "See all my channels or create a new channel" kemudian klik "Create a new channel"




Korang akan nampak laman baru beserta kotak putih dipanggil "Brand Account name", di dalamnya boleh taip nama channel anda mengikut sesuka hati. Sebagai contoh dalam tutorial ini saya meletakkan "Salazryl Review Gadget" sebagai nama channel kedua saya. K…

Blogger memperkenalkan 4 template baharu

Imej
Jika anda salah seorang daripada berjuta-juta orang yang menggunakan Blogger untuk berkongsi pandangan anda mengenai hal ehwal semasa.. Mesti korang tahu betapa pentingnya memasang template Blogger. Bukan saja mencantikkan tetapi ianya juga berupaya menarik ramai pembaca dan template yang menarik boleh membuat pembaca kekal lama di blog anda.

Blogger kini telah memperkenalkan 4 jenis template baru iaitu Contempo, Soho, Emporio dan Notable. Keempat-empat template ini mempunyai stail dan warna-warna berbeza mengikut kesukaan pengguna.
1. Contempo Sesuai untuk postingan bergambar, Contempo menyediakan tema yang fresh dan moden

2. Soho Soho adalah galeri untuk menunjukkan gambar dan design baru anda
3. Emporio Dari projek ke objek, Emporio membolehkan post anda nampak kemas
4. Notable Notable sesuai dengan post berdasarkan teks, cerita dan macam-macam lagi
Anda boleh mendapatkan template-template ini di laman Blogger.com sekarang.

Sumber: Blogger